RSS

Its Begin

Kisah kekasih lama masih belum pudar dalam ingatan ni. Harapan bila berpengganti yang baru boleh melupakan kenangan yang pernah diukir akan terpudar sendirinya dan akan tetapi sebaliknya.

Baru hendak naik tunasnya hubungan ini. Aku mengambil risiko yang besar,sedangkan aku sendiri boleh menjangkakan ia akan berlaku ke atas diri aku dan hubungan ini. Aku seorang pencinta yang setia ini amat mendalam hasad cemburu terhadap cintanya. Memilih kekasih hati yang jauh di mata membuatkan aku sendiri tersiksa. Biarpun siksa rindu yang melanda, tidak aku relakan sesekali kecurangan dalam sesebuah hubungan.

Bertanya pada hatiku, mengapa aku terlalu bodoh untuk meneruskan hubungan yang ....Arhhh...Kenapa hari ni susah sangat nak type dengan tepat sekali. Jari-jemari ni menggeletar sendirinya. Mungkin satu hari ni aku tidak menjamah apa2 makanan lagi kot. Terasa lapar, tapi tiada selera bila fikir nak makan apa. Padahal macam2 ada kat bawah 2.

Bercerita tentang hati ni, mengapa aku sering dilukai oleh orang yang membuatkan aku amat percaya 100% padanya, dan aku amat sayang padanya. Padahal sikit pon aku tidak pernah lukai mereka. Biarpun apa yang aku lakukan pada mereka sehingga sanggup mengorbankan nyawa aku, biarpun mereka tidak tahu. Tapi jika mereka tahu sekali pun, adakah aku dihargai???

Bila sebuah hubungan ini bermain dengan jarak, tahap peratusan kecurangan amat tinggi sekali. Walaubagaimanapun aku tetap bermain dengan api. Biar pun api yang kecil dibawa kawan,lambat laun akan menjadi lawan. Kenapa aku mudah membuka hati kepada mereka ini. Bilakah hati yang sentiasa lara ini akan bahagia selamanya?Atau mungkin ini balasan Allah pada dosa2 aku?

Sesungguhnya aku hanya inginkan kasih sayang dan dihargai.Cukup sekadar itu sahaja. Semua tu tak perlu wang,pengorbanan yang hakiki,atau penyeksaan.

Arhhh...Malam ni aku terpaksa matikan h/p aku sebab aku tak mahu digangu leh sidia. Dan aku cuma mengharapkan dia selesa tanpa gangu aku yang jauh disini. Sekalipun dia sayang dan rasa bersalah,dunia teknologi telah memberi pelbagai peluang dan alternatif kepada manusia. Hendak seribu daya, tak mahu alasan diberi.

Lumrah manusia sekarang, memilih penyelesaian yang mudah utk menyelesaikan masalah, padahal sikit pun tak selesai lagi....PErrhhhhh!!!!Apa yang aku mengarut nih...Malam ni aku da mabuk+lapar+bengong+demam=nak mampossss!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS