RSS

Masih Ada Kamu Dihatiku

Selamat pagi,awal-awal pagi lagi dah nak luahkan something kat blog nih. Kat mana lagi nak mengadu kalo bukan di sini.

Kebiasaanya celik je mata,aku mesti pikir pasal makan dan apa nak buat ini hari. Tapi kenapa hari ini tiba-tiba aku termimpikan si dia yang lama pergi meninggalkan aku. Orang yang pernah menyakiti aku. Juga memusnahkan segalanya.

Bermain dalam mimpiku, tidak pernah seorang pon orang yang aku sayang wujud dalam mainan mimpi ni. Tiba-tiba aku dan dia otw pergi jalan-jalan seperti kebiasaan yang kitaorang buat time bersama dulu, tapi kali ni dengan motor besar sikit, juga impian aku Kawasaki Ninja RR warna hijau.He3. Time tue aku tengah isi minyak kat Petrol Pam.

Tiba-tiba dia bawak motor aku tuh g balik rumah sekejap. Pelek kan. Padahal ruma jauh giler. Pas tuh entah macam mana dekat aku ada motor macam tuh gak tapi yang ini warna hitam. Aku rembat kowt. Aku terus follow dia ke rumah jugak. Tengok dia selongkar apa entah dalam rumah. Tiba-tiba aku pujuk dia kat panking. Time ni lah tiba-tiba hati aku sebak sangat-sangat di dalam lena. Aku sangat sedih bila di bersetuju untuk kembali dengan aku. Dia turut menangis dan terlihat air mata kekesalan. Aku peluk dia seeratnya. Takut untuk kehilangannya lagi. Sangat kuat aku menangis ketika itu. Aku rasakan sangat-sangat bahagia dapat bersamanya kembali.

Tapi...
Sebaliknya aku masih bermimpi. Bermimpi untuk kembali dengannya. Tiba-tiba aku tersedar sejenak, dan aku cuba untuk menyambung kembali mimpi itu, dan akhirnya aku menangis dan terus menangis di dalam mimpi yang indah seketika ini. Tidak lama kemudian aku terjaga dari lena dan mimpi ini.

Aku pasrah atas apa yang terjadi kepada aku selama ini. Walaupun hati ini masih sayang padanya, tapi aku sedar aku tidak layak untuknya. Dia tidak baik untuk aku. Awak, saya cuma nak awak tahu, saya sayang awak seikhlas hati saya. Walau kemana sahaja saya pergi, mesti ada awak di mata saya. Sebab tue saya tak bole sikit pun lupakan awak. Walau pun saya sudah ada yang punya. yang betul-betul dia menyintai saya dan menyayangi saya setulus hati. dan saya masih sayang awak selamanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS