RSS

Salam 1Malaysia kpd  semua vlogger. Harap berada dalam keadaan jiwa yang tenteram. Jika masih ada yang belum selesaikan masalah dunia, langsaikan dengan cara yang baik. Intro ni just nak bagi tau yang aku dah lama tak meng-update blog ni. Biasalah, hidup sekarang yang kini membuatkan aku selesa dengan hidup dan kerjaya sekarang.


Kini aku sudah bekerja di sebuah lagi institusi perbankan yang dulunya aq bekerja dengan xxxx, dan sekarang dengan xxx sebagai xxxxxxx kelas pertama. Alhamdulillah, dengan azam yang kuat dan semangat daripada Ibu tercinta aq. Dialah pemberi semangat yang tidak pernah lelah melayan karenah, mendengar masalah aku dan turut membantu dalam menyelesaikan apa jua masalah yg aku xdapat nak selesaikan sendiri.

Sekarang dah hampir masuk 1/2 tahun aku bekerja ditempat ini. Aku sangat bersyukur, sebab dapat tempat kerja yang sangat hampir dengan rumah asalku di Perak. Hanya 10 minit perjalanan menggunakan motosikal dari rumah ke tempat kerja.

Dan sekarang, aku bersyukur sebab telah mampu mengeluarkan sebuah kereta sendiri, walau pada dasarnya aku kurang berminat dengan kereta. Aku lebih berminat pada motorsikal. Ha3, biasalah, jiwa orang muda, tak pernah puas untuk keseronokan. Tapi atas niat ingin memenuhi kehendak mahupun keperluan ibu bapa aku sendiri, aku turuti selagi masih sempat.

Walaupun kawan-kawan selalu pinggirkan aku, aku sama sekali tidak pernah nak merasa kesal atas perbuatan mereka. Kerna aku tau, bahawa semua perkara yang mereka lakukan hanyalah sementara. Kalau setakat memiliki lesen kenderaan lebih awal dari aku, tapi atas duit ibu bapa or keluarga mereka sendiri apa aku peduli? Kalau hanya mempunyai kereta dan sentiasa pinggirkan aku, apa juga aku peduli, walhal bahawa semua itu harta ibu bapa mereka sahaja.

Sedangkan aku, walaupun lambat memiliki lesen, tidak mampu bersiar-siar bersama teman sebaya dengan kereta. Tapi, bukalah mata kamu semua sahabatku yang mulia, bahawa aku memiliki lesen dengan titik peluh aku sendiri, mampu mempunyai kereta dengan penat lelah aku dengan nilaian hampir ratusan ribu. Bukan nak berlagak, ego, atau menunjuk. Tapi atas kemampuan dan ingin membalas jasa baik ibu bapa aku suatu kecik dulu.

Setiap ibu bapa mempunyai impian & matlamat dalam memiliki anak. Mereka inginkan anak-anak mereka berjaya. Boleh membantu ibu bapa mereka di usia tua mereka. Merasa apa yang telah mereka curahkan. 

Kita sebagai seorang anak, yang telah dihantar ibu bapa ke sekolah dari kita tadika sehingga sekarang. Cuba  kita tenung sejenak, apakah anda sudah mengembirakan orang tuamu di usia kamu sehingga kini? Bukan kemewahan yang mereka inginkan semata-mata. Tapi kejayaan kamu di dunia dan akhirat. Apa pengorbanan yang telah kamu berikan sehingga hari ini? Apakah mereka sudah puas melihat kamu hidup selesa dan bahagia?

Ingatlah, semua orang kata sahabat itu penting dalam hidup, tanpa sahabat siapa kita? Tapi cuba kita renung, kalau tiada ibu bapa, siapa kita dihari ini? Sebab tu, prinsip aku tidak pernah pudar. Bahawa sahabat tidak penting bagi aku. Aku tidak pernah mengaku bahawa kamu wahai sahabatku adalah "teman karib" atau "kawan rapat", aku hanya menganggap kamu semua kawan biasa, sama seperti orang-orang lain. Dan jika kamu dan kamu katakan aku adalah "sahabat dunia akhirat" maaf itu bukan aku. Bukan hendak hidup sendiri dan sombong di dunia Allah, tapi aku tahu hitam putih dan pengertian seorang sahabat baik.

Selama aku hidup kini, tiada lagi aku rasakan diantara mereka sabahat dunia akhiratku, kecuali Allah, Rasul dan Ibu Bapa aku sendiri.

Dan kini aku dalam sedar dan tidak, bahawa aku sudah berjaya disatu tahap walaupun belum pegang white house atau pemerintah dunia. Tapi aku telah berjaya menandingi sahabat-sahabat yang sentiasa meminggirkan aku. Kerna aku sentiasa bersama Allah. Hanya Allahlah teman dunia akhiratku. Dan atas Dialah siapa aku. Takbirrrr!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS