Boom Boom Poow...Dentuman mercun dan bunga api. Padahal masih awal lagi untuk ke alam era tahun 2010. Suausan menjadi meriah takkala masa untuk meraikan hari yang amat bermakna bagi semua orang yang beralih ke tahun baru bersama bunyi keriangan suaran kanak-kanak di luar rumah, di atas bangunan. Apatah lagi di KLCC, Dataran Merdeka dan Stadium Bukit Jalil yang penuh dengan ribuan rakyat Malaysia mahupun warga asing yang inggin memyambut tahun baru ini.
"Arrrh...". mengeluh aku sendiri setibanya jam berdetik tidak pernah berhenti ke arah jam 00.00 yang menandakan tahun baru dan azam baru bermula. Ke hulu ke hilir aku marayau ke seluruh pelusuk dan sudut rumahku. Masuk keluar dapur sambil merembat makanan yang ada. Sekali sekala ada juga aku memandang jam di telefon bimbitku yang tidak lepas dari tangan dan tangga ke bumbung rumah aku.
Tapi apa yang bermain di benak fikiranku, masih merunsingkan. Tidak lagi dapat menahan munculnya tahun baru yang ditunggu-tunggukan. Paling meresahkan aku tibanya detik sebegini, sebab sudah tiga tahun berturut-turut aku tidak menyambut tahun baru di luar, hanya di dalam bilik.
"Perhhh..apa yang aku nak buat ni...Bosan giler. Dah la cuti tiga hari sok. Bleh jadi giler aku ni. Hah!" Aku terus pandang tangga dan jam di telefon aku. Lagi lima minit tahun akan bertukar. Terus berlari aku ke tangga dan, "opsss.lupa nak wish kat member ym(chatting)." Bicara aku sendiri dengan kelam kabut menaip ucapan kepada semua kawan-kawan di ruangan sembang. Dengan era permodenan dengan bercirikan internet jalur lebar yang menghubungkan semua orang di seluruh dunia. Kerja orang muda.
"Ermm, tadi Abang Amir kata nak join sekali celebrate new year kat atas bumbung ni, tidor dah rupanya. Nampaknya sorang-sorang jelah sambot ni." Mengeluh aku sambil memandang pintu bilik abang ipar yang berjanji hendak menyambut tahun baru sekali di atas bumbung rumah.
"Huh! tak apa lah, soraang pon sorang lah. Apa nak buat, nasib badan." Bicara sendiri aku di dalam hati. Tanpa banyak berfikir lagi, aku terus memanjat bumbung perlahan-lahan, kuatir bunyi bising akan terdengar yang menyebabkan semua terjaga. Sambil memanjat aku mengigit telefon kakakku yang ditinggalkan mengecas baterinya di atas papan sterika di ruang tamu. Mencuri sebentar untuk merakamkan detik-detik yang sangat bermakna buat aku.
"Urrhhh...!!!Sampai jugak aku kat atas ni. Wah! ramainya kat atas ni. Ingat ka aku sorang ja yang sambut kat atas ni. Ramai jugak. Minta-mintak lah takada orang yang kenal aku." Berbisik aku lagi sambil memandang sekeliling aku. Kelihatan kanak-kanank yang bermain dan lari di atas bangunan sebelah aku dan dibelakangku terdapat ramai juga yang memenuhi koridor rumah flat mereka. Sambil bermain bunga api dan mengunggu detik-detik yang dinantikan yang berlatarkan bunyi mercun yang entah dtang dari mana yang tidak sabar-sabar menati saat itu.
"Woi!!!". Terdengar suara abang iparku menjerit mencariku dibilikku dan di dalam rumah. Aku mendiamkan diri sahaja. Tiba-tiba kakak ku menjerit. "Ni ha, kat atas ni dah.," kata kakak kepada suaminya. "Oh, kat sini rupanya kamu, jenoh aku mencari kat dalam bilik", kata abang amir sambil memanjat tangga ke arahku dan terus duduk di sebelahku dan sekali sekala memerhatikan sekitar kawasan KL yang indah bak bau longkang tersumbat. Malaysia yang dicintai, dikagumi bak semerbak haruman sungai Klang.
Sedang enak berleka, bersembang serta gelak ketawa bersama abang Amir, Boom!!! Berdentum bunyi bunga api. Tidak perasan aku dek leka bersembang sehingga waktunya telah tiba. Aku segera mengambil telefon untuk merakamkan saat-saat indah itu. Aku merakamkan suasana di malam itu yang telah tepat pada 00.01am telah beralihnya tahun yang baru dan munculnya azam baru bagi kebanyakkan orang dan tidak bagi aku. Azam aku tidak mengenal masa dan waktu yang berbeza dengan orang lain. Bukan tiada azam baru. Tetapi bagi aku tiap kali wujudnya sasaran baru aku dan apa yang aku sasarkan dalam hidup aku, itulah yang menjadi azam baru aku. Walaupun ianya kecil.
Mengacara aku sejenak ketika di atas bumbung yang merakamkan detik-detik yang ditunggukan untuk melihat percikan bunga api di sekitar bandar Kuala Lumpur. Aku lebih bebas menyambutnya di rumah daripada di sana. Kerana mungkin bahaya yang aku tidak jangkakan akan berlaku.
Sejam sudah berlalu, masih kedengaran bunyi mercun dan bunga api di sekitar kawasan rumahku. Cukuplah apa yang aku lihat walaupun tidak merasai sepenuhnya. Aku pun turun ke bawah bersama abang Amir. Dan menonton semula rakaman video oleh wartawan tidak bertauliah oleh keluarga-keluarga yang lain yang entah dari mana datangnya dengan tiba-tiba memenuhi ruang tamu yang sejam lebihnya yang kosong. "Ah, tak pelah,biasalah tu." bisik hati kecilku.
Aku terus masuk kebilikku semula dan mendapatkan laptopku bagi menyambung perbualan dengan rakan-rakan yang senasib denganku yang menyambut tahun baru di rumah sahaja. Ini lah kisahku.