RSS

3 Hari Bersamanya

jatuh pada 15 Januari 2010, aku dan dia telah pon declare as Couple. Aku rasakan gundah gulana. Tiada apa yang perlu aku ungkapkan ketika tarikh yang amat bermakna bagi aku itu. Dia melafaskan sekali di depanku dengan berlutut. Perkara yang tak pernah aku alami sebelum ini.

Menjadi sejarah hidupku yang aku takkan lupakan sampai bila-bila pun walau apa pun yang terjadi. Hari bersejarah yang takkan kembali lagi buat kali yang kedua dan seterusnya.

Ketika itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku. Takut, terkejut, kaku dan malu. Sukar untuk menerima hakikat trajedi itu. Betul-betul aku terpinga-pinga. Sukar untuk aku melafaskan apa-apa yang hanya "ya".

Ketika bersamanya setakat ini aku merasakan aku amat bahagia sangat sangat dan amat tersangat. Aku tak pernah merasakan kebahagiaan setakat ini, sehebat ini walaupun macam-macam orang kata pasal dia, pasal perhubungan. Tapi aku tidak percaya semua tu. Aku dah buang segala-galanya perasaan curiga aku tu jauh di persisir jiwa lemahku ini.

Aku sedar akan perasaan aku yang lemah. Aku cepat sensetif atas semua perkara. Walaupun aku nampak luaran kasar tetapi jiwaku cepat tersentap dan mudah mengeluarkan air mata. Murah sungguh air mataku ini. Tetapi hanya untuk orang tersayangku sahaja yang membaloikan.

Tanpa aku sedar sudah masuk 2 minggu aku bersamanya. Walaupun jauh tapi aku merasakan hatiku dkat dengannya. Sehari aku tidak dengar suaranya, aku pasti akan bermimpi yang aku tidak mahu ia terjadi. Dan merasakan mimpi itu sedang terjadi. AKu pasti menangis. Air mata seorang lelaki mengalir lagi kerana seorang yang ku sayangi.

Hari bersamanya, aku sering merasakan aku banyak menyusahkan dia. Tak pernah sesekali aku cuba membahagiakan dia. Di sana, hanya dia yang membelanjaku. Segalanya dia. Tinggi sangat pengorbanan dia kat aku. Perasaan bersalah tu lagi bertambah ke atas dia. AKu sering diam, dan cuba untuk membantunya supaya aku merasakan aku tidak ada terhutang langsung padanya. Tapi aku tak berdaya. aku tak mampu.

Sesekali aku menangis takala aku sendiri memikirkan aku telah banyak menyusahkan dia. Kalu boleh aku nak bagi segala-galanya apa yang ada pada aku, malangnya aku tiada apa2. AKu miskin...
Aku miskin pada harta...
Aku miskin pada cinta..
Aku miskin pada rupa..
dan miskin pada mengenali hati budimu...

Dia amat berharga padaku
Dia amat baik padaku,
tapi aku tidak mampu memberikan dan menjadi yang terbaik buat dia.
Aku kesal...Tapi apa harus aku lakukan selepas ini.

3 Hari bersamanya aku merasakan banyak sangat yang telah dia bagi kat aku. Tak ternilai walaupun diabayr kembali dengan segunung emas.
Hanya yang mampu ku ucapkan "TERIMA KASIH SAYANGKU"
3 hari bersamanya cukup membahagiakan aku, tapi sukar untuk aku meninggalkannya. Mungkin dia sunyi bersendiri. Tapi apakan daya, takdir telah ditentukan perjalanan kami berdua.

Hari terakhir bersamanya, cukup sekejap aku rasakan. Bagaikan 3 jam berjumpa walaupun hakikatnya 3 hari. Tapi dah jodoh sebegitu, aku redha.

Aku merelakan diriku untuk pergi meninggalkannya hanya seketika walaupun pada hakikatnya sakit dan berat sekali untuknya.

Sayang, walaupun ianya sementara perpisahan ini, tapi saff merasakan cukup dan amat bermakna dan bahagia bersamamu sayang.
I LOVE U SOOOO MUCHHHHHHH.....!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Thanks for ur comments...
Please leave ur email address, myspace, or anything under ur msg...