Hari ini dia agak berpakain kemas. Tapi semakin kurus dari sebelom ni.
Pada permulaan pertemuaan ini, aku agak terkejut. Kata2nya semalam hanya gurauan
semata, tetapi benar sekali yg dia ingin memeluk aku. Dengan erat sekali dia memelukku.
Aku hanya dia menyepi kaku tanpa kata2. Sangat erat pelukan itu. Alangkah indahnya tika itu.
Bagaikan dunia ini hanya kami berdua shj.
Semalam dia bersama kawan2nya. Salah seorang dari kawannya memang xdinafikan comel, tapi
langsung tidak membuatkan aku terpikat langsung pdanya. Aku hanya melihat setiap pergerakan dan
tingkah lakunya sahaja. Dia sangat *****. Membuatkan aku kembali rasa sayang padanya. Teringat kembali
waktu dulu bersamanya.Alangkah bahagianya.
Rindu...Rindu...Rindu..
Perkataan tue yg slalu dia perkatakan padaku.
Tapi apa makna yang tersirat pada "rindu" dia padaku?
Apakah rindu utk bersama seperti dulu? Rindu kerna sudah lama tidak ketemu?
Atau ....
Semua orang mampua menyatakan rindu pada seseorang.
Tapi apa pengertian rindu itu pada dasarnya?
Arh!!!..Jika itu benar ia mahu kembali.
Apa aku harus meneruskan dan menerimanya kembali?
Apa dia akan berubah? Masih tidak dalam permainan propa nya?
Semalam, aku dan dia amat mesra sekali. Apa yg diinginkan aku memberinya.
Aku langsung sikit pon xpenah merasa rugi membazirkan apa2 pon padanya.
Adakah mungkin masih ada lagi peraaan sayang aku padanya? Atau aku hanya
simpati keatasnya? Aku keliru.
Ketika sedang menunggu tren, kami duduk bersama. Aku cuma bertanya padanya,
adakah dia seperti kita? dia katakan "ia, but i'm gonna quit"
Terkejut berok aku..dia nak berubah? Hanya aku lafazkan dalam hati syukur.
Dia membuatkan aku tersentap seketika. Aku terduduk diam tanpa kata.
Tapi itu mungkin terbaik buat dirinya. Aku tak boleh halang, coz dia ingin berubah.
Aku cuma....
huh...mengeluh aku tanda apa pon aku sendiri xpasti..
Ketika sedang berbuka bersama kawan2nya, dia hanya membatalkan puasanya, dan
terus mencari seseorang yang bernama ***. Aku fikir dia hanya seorang sahabat di tempat pengajiannya.
Tapi aku tersentap lagi bila salah seorang dari kami bertanya padaku.
"Mana kekasih *** pergi?". Aku hanya diam kaku menyepi lagi. Memang besar tamparan aku di ramadhan ini.
Aku hanya termenung dan diam tanpa kata. Kiri dan kananku mereka berpasangan. Hanya aku dan sahabatnya yg sendiri.
Tika itu aku mula rasa yg aku bukanlah apa2 pada mereka semua. Hanya tetamu tanpa diundang.
Pada dasarnya, aku ingin menyatakan sesuatu padanya, tapi tamparan ini jelas sekali membuatkan aku menyepi.
Sangat sepi.
Lantas aku terus ingin pulang, bila memikirkan aku disisihkan. Bukan disisihkan, tapi aku menyemakkan keadaan di situ.
Tika itu, dia berkeras ingin menghantar aku di pintu masuk KL Central. Aku pon berkeras gak, ingin pulang sendiri.
Aku tersentap lagi bila dia memelukku sangat erat lagi. Lama sangat..Opsss..ter cium lak..he3..xda niat pon,ingin menoleh sahaja.
Aku berlari anak ingin menahan air mataku. Hati aku sangat2 berkecai.
Tapi kalau itu yg terbaik buat dia. Aku redha jer. Tapi banyak sangat kenangan-kenangan bersama tika dulu.
AKu relakan penghijrahan dia. Lagi pon aku lihat dia sangat mesra dengan budak tu. Even aku tau budak tue sebaya ngan aku.
Aku bahagia bila tengok dia bahagia. Serius aku sayang dia. Cuma aku sedikit egois kerna aku takut utk bersama kembali.
Hari itu juga sepatutnya aku akan declare as couple ngan some1 nih, coz kitaorg dah lama kenal,juz xpenah jumpa jerk lagi.
Hari itu dia ada msg ngan aku nak berjumpa. AKu celaru, yg mana satu harus aku jumpa. Tapi aku jumpa dulu si F ni,coz kitaorg dah plan
awal nak jumpa dan declare as couple, tapi hati aku lgsung xkuat pada si F. Hati aku hanya pada si S...sangat2 pada S.Aku xtau kenapa.
Even si F orang yg berada, memiliki segalanya. Tapi itu bukan aku. Aku bercinta hanya kerna hati, bukan pada meterial.
Sayangku S, pergilah jauh2 dari dunia ini. Teruskan berjalan ke dunia sana. Jika tak mampu merangkahlah kamu, sehingga kamu menemui sinar
yang suci. Jika tika kau berjalan, kau terjatuh, bangun...bangkitlah kembali. Teruskan usahamu. Setiap perjalananmu mesti ada
rintangan, cuma kau harus kuat dan terus bertahan. kerna setiap kesabaranmu ada balasannya. Indah jika kau memilikinya.
Jangan sesekali toleh ke belakang, sekali kau toleh ke belakang, sukar utk kau menemui jln suci itu kembali. Jalan yg indah itu, memang sukar utk
dicapai, tapi jalan kesesatan itu, mudah sekali kau memasukkinya.
Aku sentiasa berdoa utk kau,utk terus kuat dan cuma kau perlu usaha dan terus usaha. Demi masa depanmu. Kau masih muda sayangku Sy****.....






