Hari ni genap 22 ari awak pergi meninggalkan saya. Sehingga kini tiada siapa lagi yang layak berada di tempat awak.
Awak, sehingga kini saya masih tidak dapat lupakan awak. Sekejam mana awak lukai hati saya, tapi saya masih sayangkan awak. Tak tahu kenapa. Mungkin kenangan manis kita bersama yang membuatkan saya masih teringatkan awak.
Awak,
saya tahu bahawa awak tidak mungkin lagi akan kembali buat saya. Benar-benar yang awak sangat membenci diri ini entah kenapa, masih kini belum terbukti, terungkap nilai hati awak.
Awak.
Setiap tempat dimana awak pernah sentuh dirumah ini.
Masih saya ingat lagi. Saya rindu tiap barang yang awak letakkan di setiap sudut rumah ini. Saya tidak akan buka tingkap ini sehingga awak suruh. Ha3, gilakan saya. Saya cuma gilakan awak. Awak larang saya membuka tingkap ini.
Beg dimana awak susu masih ditempatnya sayang. Saya masih belum ingin menganjaknya. Sebab saya takut kehilangan setiap kenangan bersama awak.
Awak.
Kenapa awak kejam sangat terhadap saya?
Suka sangat mengambil kesempatan pada saya bila saya buat baik dengan awak?
Awak, bagi saya duit bukan segalanya. Saya buat segalanya ikhlas untuk awak.
Awak.
Hari tu awak ada call saya. Tapi saya sakitkan masa itu. Awak tahu tak yang sakit saya hilang bila terdengar suara awak. Saya yakin yang awak masih sayang pada saya tika itu. Silapnya, awak masih sayangkan wang dan bukannya saya.
Awak.
Andai saya masih punyai kesempatan peluang kedua.
Saya sanggup menjadi hamba awak.
Bodohkan saya? Tapi itulah hakikat,sebab saya tidak mahu lagi berpisah dengan awak.
Sebab cinta saya pada awak teramat dalam. Sedalam mana lautan di dunia ini, dalam lagi cinta saya untuk diselami.
Awaklah insan yang pertama cinta saya buat selamanya.
Andainya awak kembali ingin saya ungkapkan segalanya pada awak, saya akan menjaga awak, tak mahu lagi awak disakiti oleh sesiapa pun. Saya nak awak sentiasa manis disisi saya.
Awak,
Saya sudah cuba untuk lupakan awak. Tapi bila saya sendiri awak sentiasa ada dimana saja membayangi saya. Saya dah cuba untuk mencintai orang lain. Tapi saya tidak boleh menipu diri ini. Sebab awak sudah saya tanam sedalamnya di dalam lubuk hati ini.
Kadang-kadang saya keliru dengan jiwa ini. Kadang-kadang saya benci sangat dengan karenah awak. Tapi saya sayang awak. Kadang-kadang bila saya teringatkan kekejaman awak pada hati saya, saya ingin bunuh saja awak. Tapi hati saya rasa menyesal bila saya buat semua itu. Sebab saya sakit bila awak disakiti lagi.
Awak.
Saya tidak mampu lakukan apa-apa lagi. Perlukan saya teruskan hidup bersama awak jika ditakdirkan kita bersama kembali? Atau saya harus membuka ceritera yang baru, bagi memulihkan jiwa yang lara ini?
Sayang you are my first love. <3
Genap 22 Hari
Noted Buat Mak & Ayah tercinta
5 Dec 2011;525pm
Mak,
Maafkan is sebab lama tak col mak,tnya khabar mak dan ayah di kampung.
Maafkan sebab terus menyepi membawa diri is ni jauh dari kehidupan lalu.
Bukan bermakna is nak jauhkan diri ni sebab benci keluarga kita, bukan nak lupakan mak dan ayah, bukan sebab is sudah tidak mahu keluarga ini.
Tapi semuanya sebab is nak hidup berdikari, is berpegang dengan prinsip is sendiri.
Is akan balik bila segalanya tercapai. Is nak mak dan ayah tengok is pulang dengar kejayaan. Sebab itulah harapan semua orang tuanya terhadap anaknya.
Maafkan is sebab tak angkat panggilan mak hari tu. Is tau yang mak mesti cari is kan. Cuba untuk dapatkan nombor telepon is yang baru dengan kawan-kawan is kan?
Maafkan is mak sebab mungkin is dah melukai hati mak sekarang ni. Tapi biarlah apa yang orang anggap. Tapi is tau mak faham sangat dengan apa yang is rasa sekarang ni. Is nak mencapai kejayaan untuk dibawa pulang suatu hari nanti. Is nak mak dan ayah rasa kejayaan ini bersama-sama suatu hari nanti.
Is nak buktikan dengan adik-beradik yang lain, kawan-kawan yang is menyepikan diri bukan sebab is lupa daratan, tapi is nak bawakan kejayaan untuk dirasai bersama.
Mak yang is paling sayang.
Janganlah mak risau tentang is buat masa ini. Is harap mak tabah dan sabar. Is tau yang mak akan sentiasa mimpikan anak-anaknya bila kami jauh dari mak. Dan setiap malam mak susah sangat nak tidur sebab kami. Mak akan nangis sebab mak rindukan kami. Tapi is tau apa yang is buat sekarang mak.
Is anak tunggal lelaki sorang ayah. Dan is tau ayah paling amik berat pasal is walaupun dia tak pernah pon col is, tapi is tau yang dia selalu tanya mak tentang keadaan is bagaimana.
Ayah, is rindu sangat nak tidur dengan ayah macam kat hospital ari tu. Ayah sangat manjakan is. Is tak pernah merasakan kasih sayang seorang ayah macam tu sekali.
Ayah, maafkan is sebab is selalu menyusahkan ayah. Minta macam-macam ngan ayah. Sikit pun ayah tak kesah. Tapi is selalu terasa beban yang ayah alami.
Is selalu merasakan marah pada ayah sebab kita tak selalu sependapat. Walauapapun yang berlaku is tetap anak ayah dan is sangat-sangat sayangkan ayah.
Mak, Ayah.
Is nak ayah dan mak tunggu is nanti depan pintu nanti,
bawah pokok pelam depan umah nanti dengan kejayaan yang is akan bawa suatu hari nanti. Is nak bawak mak dan ayah nanti berjalan-jalan. Sebab dalam dunia ni is cuma ada ayah dan mak je. Is harap mak dan ayah tungga ya sehingga is berjaya dan pulang dengan kejayaan. Biarlah is tersisksa disini untuk mencapai kejayaan nanti dan is tau mak dan ayah derita menunggu is membawa kejayaan pulang. Tapi itu semua hanya sementara saja. Is nak mak dan ayah bahagia suatu hari nanti.
Noted Buat Awak
Hari yang paling teruk yg pernah saya alami sepanjang hidup ini. Berbagai liku yg saya telah harungi ketika bersama awak. Pelbagai cara saya telah lakukan untuk memiliki awak. Sebab saya fikir,awaklah kekasih saya buat terakhir. Sebab pada permulaan kisah semestinya manis dan saya tidak mahu sesekal menjangkakan penghujungnya apa. Sebab saya tau, pasti ia menyakitkan.
Awak,
Sejak hari awak meninggalkan saya hari tu. Bertapa hancurnya hati saya. Dunia ni rasakan seperti terhenti disini. Bumi tidak lagi berputar. Bulan Aidiladha bagaikan tidak muncul lagi pada waktu itu.
Pagi hari raya aidiladha saya jangkakan yang kita boleh menyambut bersama, tetapi pagi yang sepi sangat-sangat saya rasakan. Semua orang pergi ke masjid bertakbir, tapi saya bersama air mata yang tidak terhenti-henti mengenangkan awak yang jauh dari saya buat selamanya.
Maafkan saya kerana mengusir awak pada waktu itu. Kerna saya terpaksa, saya dah terlalu penat dengan perangai awak, terlalu habis tahap kesabaran saya dengan sikap awak yang tak pernah nak berubah.Tapi saya buat semua tu sebab saya terlalu sayang pada awak. Saya nak awak berubah. Sebab saya nak kita sentiasa bersama buat selamanya.
Pernah tak awak ambil tahu apa yang saya rasa bila awak bersama saya? Awak, kalaulah saya boleh tunjukkan niat ikhlas saya sayang pada awak melalui hati ini, saya tidak akan teragak-agak untuk merobek isi hati ini untuk awak lihat sendiri. Sebab saya betul-betul nak tunjukkan kat awak niat suci saya mencintai awak.
Awak, pernahkah awak perasan yang saya tidak pernah sesekali curang terhadap awak, sehinggakan saya sanggu untuk mematahkan sim card saya yang telah lebih 5 tahun saya guna yang dibeli khas oleh bekas kekasih lama saya? Tapi saya tau, saya tak pernah merungut pun setiap apa yang awak suruh. Sebab saya sayang awak.
Awak, sepanjang perhubungan kita ni, adakah awak perasan yang saya tidak pernah sekali mengasari awak, tak pernah sekali membuat awak sakit,kecuali awak sendiri yang menyangkal begitu, walaupun saya menyakiti awak sebab saya tak mahu awak lebih sakit lagi. Saya banyak merahsiakan sesetengah perkara, sebab saya tak nak awak risau sikit pun. Taknak awak rasa sakit dan susah bila dengan saya.
Awak tahu tak yang saya sayang awak? Saya cinta awak pada tahap bagaimana? Pernah tak awak rasa yang saya rindu awak? Pernah tak awak tahu yang saya sangat-sangat bahagia bila bersama awak?
Awak...Awak tahu tak kenapa saya tanya awak macam nie? Sebab sebesar mana pun kasih sayang saya pada awak, sikit pun saya tidak merasa nilai kasih sayang seorang kekasih daripada awak. Cuma yang saya tau awak akan suka bila saya buat sesuatu yang awak suka.
Saya tak tau nak labelkan awak dalam situasi macam mana. Sebab saya susah nak faham apa yang tersirat dalam hati awak sebab awak tak pernah pun nak luahkan apa yang tersirat dalam hati awak dekat saya. Awak, sekian lama saya menunggu sepatah pun saya tak pernah dengar yang awak katakan "Saya sayang awak". Tapi bila saya tanya, "awak tak sayang saya ke?". Pasti awak melenting. Saya tak faham kenapa, dan bila kata saya tak faham, awak lagi marah saya. Awak bila semua ni nak selesai.
Tiap salah tafsiran antara kita pasti akan menjadi perbalahan yang sangat besar. Bila saya nak selesaikan. Awak pasti lari dari masalah. Bila saya nak bawak berbincang slow talk awak kata awak tak da mood, bila saya nak face to face, awak kata awak benci bila tengok muka saya. Awak, bila masa masalah akan selesai kalau awak berkeras kepala sebegini. Sedangkan awak sendiri yang tahu sikap keras kepala awak ni. Awak sudah besar, boleh berfikir sendiri dengan bijak. Yang mana terbaik buat awak dan yang mana tidak.
Awak, seteruk macam mana pun awak sekali, saya tetap sayang awak. Hebat bagaimana awak benci pada saya, lagi kuat cinta saya pada awak. Tak tahu kenapa saya bersikap sebegini.
Awak, sejak awak berjanji dengan saya untuk sehidup semati tika detik pertemuan kita saya rasakan dunia ini ana yang punya. Bertapa indahnya dunia tika itu saya rasakan. Benar saya katakan bila awak mula mengika janji pada saya.
Simpan lagi mjs awak pada hp saya, yang awak kata awak akan sentiasa bersama saya bila saya susah dan senang. Tika saya susah dan sakit. Saya rasakan yang Doktor pakar pun tidak dapat mengubati sakit saya melainkan kasih sayang dari awak.
Tapi...
Sekarang awak dah lupa semua janji yang awak sendiri cipta. Sikit pun saya tidak merasa nilai kasih sayang awak pada saya. Apa yang saya rasa, bila kita berbalah, saya rasa diri ini sangat di benci,terasa terlalu besar dosa saya pada awak. Sikit pun awak tidak prihatin pada saya walaupun ianya masalah kecil.
Saya tau yang awak memang tiada rasa sayang sedikit pun pada saya. Mungkin saya tidak berharta seperti bekas kekasih lama awak kan, tidak sekacak mereka diluar sana dan tidak terbaik buat awak. Tapi percayalah, setiap masa saya bersama awak, saya akan cuba buat dan jadi terbaik buat awak. Tapi tak tahu kenapa awak masih lagi tidak merasa dan ambil kisah setiap pengorbanan yang saya lakuka buat awak.
Awak, perit sangat bila kita cuba korbankan sesuatu untuk mencapai sesuatu yang sangat berharga buat hidup kita. Tapi sedikit pun saya tidak pernah kisah semua itu, sebab saya ikhlas untuk awak.
Awak, saya tahu saya tidak sempurna buat awak. Banyak lagi orang yang terbaik buat awak. Saya tidak dapat mengikut setiap langkah awak. Sangat berbeza.
Tapi saya nak tahu sangat dari awak. Adakah semua bekas kekasih awak yang lalu meninggalkan awak sebab sikap awak? Kalau benar, memang patut pun. Maafkan saya. Tapi ikhlas dari hati saya juga. Seteruk mana pun sikap awak tu saya masih bersabar. Cinta dan sayang saya pada awak, membelakangi segalanya keburukan awak itu.
Saya tahu semestinya awak tidak akan kembali lagi untuk saya.Sebab awak benar-benar membenci saya kan. Tapi jika awak berubah fikiran untuk bersama saya lagi. Saya pasti ada disini menanti awak sehingga ke ahkir hayat saya. Walaupun saya sudah berkeluarga atau apa-apa pun terjadi awak.
Semestinya saya ingin awak kembali walaumacammana sekalipun keadaan awak.
Ombak Rindu~
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Moga cahaya tiba nanti
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku






