Hari ni genap 22 ari awak pergi meninggalkan saya. Sehingga kini tiada siapa lagi yang layak berada di tempat awak.
Awak, sehingga kini saya masih tidak dapat lupakan awak. Sekejam mana awak lukai hati saya, tapi saya masih sayangkan awak. Tak tahu kenapa. Mungkin kenangan manis kita bersama yang membuatkan saya masih teringatkan awak.
Awak,
saya tahu bahawa awak tidak mungkin lagi akan kembali buat saya. Benar-benar yang awak sangat membenci diri ini entah kenapa, masih kini belum terbukti, terungkap nilai hati awak.
Awak.
Setiap tempat dimana awak pernah sentuh dirumah ini.
Masih saya ingat lagi. Saya rindu tiap barang yang awak letakkan di setiap sudut rumah ini. Saya tidak akan buka tingkap ini sehingga awak suruh. Ha3, gilakan saya. Saya cuma gilakan awak. Awak larang saya membuka tingkap ini.
Beg dimana awak susu masih ditempatnya sayang. Saya masih belum ingin menganjaknya. Sebab saya takut kehilangan setiap kenangan bersama awak.
Awak.
Kenapa awak kejam sangat terhadap saya?
Suka sangat mengambil kesempatan pada saya bila saya buat baik dengan awak?
Awak, bagi saya duit bukan segalanya. Saya buat segalanya ikhlas untuk awak.
Awak.
Hari tu awak ada call saya. Tapi saya sakitkan masa itu. Awak tahu tak yang sakit saya hilang bila terdengar suara awak. Saya yakin yang awak masih sayang pada saya tika itu. Silapnya, awak masih sayangkan wang dan bukannya saya.
Awak.
Andai saya masih punyai kesempatan peluang kedua.
Saya sanggup menjadi hamba awak.
Bodohkan saya? Tapi itulah hakikat,sebab saya tidak mahu lagi berpisah dengan awak.
Sebab cinta saya pada awak teramat dalam. Sedalam mana lautan di dunia ini, dalam lagi cinta saya untuk diselami.
Awaklah insan yang pertama cinta saya buat selamanya.
Andainya awak kembali ingin saya ungkapkan segalanya pada awak, saya akan menjaga awak, tak mahu lagi awak disakiti oleh sesiapa pun. Saya nak awak sentiasa manis disisi saya.
Awak,
Saya sudah cuba untuk lupakan awak. Tapi bila saya sendiri awak sentiasa ada dimana saja membayangi saya. Saya dah cuba untuk mencintai orang lain. Tapi saya tidak boleh menipu diri ini. Sebab awak sudah saya tanam sedalamnya di dalam lubuk hati ini.
Kadang-kadang saya keliru dengan jiwa ini. Kadang-kadang saya benci sangat dengan karenah awak. Tapi saya sayang awak. Kadang-kadang bila saya teringatkan kekejaman awak pada hati saya, saya ingin bunuh saja awak. Tapi hati saya rasa menyesal bila saya buat semua itu. Sebab saya sakit bila awak disakiti lagi.
Awak.
Saya tidak mampu lakukan apa-apa lagi. Perlukan saya teruskan hidup bersama awak jika ditakdirkan kita bersama kembali? Atau saya harus membuka ceritera yang baru, bagi memulihkan jiwa yang lara ini?
Sayang you are my first love. <3






