RSS

Noted Buat Mak & Ayah tercinta

5 Dec 2011;525pm

Mak,
Maafkan is sebab lama tak col mak,tnya khabar mak dan ayah di kampung.
Maafkan sebab terus menyepi membawa diri is ni jauh dari kehidupan lalu.
Bukan bermakna is nak jauhkan diri ni sebab benci keluarga kita, bukan nak lupakan mak dan ayah, bukan sebab is sudah tidak mahu keluarga ini.
Tapi semuanya sebab is nak hidup berdikari, is berpegang dengan prinsip is sendiri.
Is akan balik bila segalanya tercapai. Is nak mak dan ayah tengok is pulang dengar kejayaan. Sebab itulah harapan semua orang tuanya terhadap anaknya.

Maafkan is sebab tak angkat panggilan mak hari tu. Is tau yang mak mesti cari is kan. Cuba untuk dapatkan nombor telepon is yang baru dengan kawan-kawan is kan?

Maafkan is mak sebab mungkin is dah melukai hati mak sekarang ni. Tapi biarlah apa yang orang anggap. Tapi is tau mak faham sangat dengan apa yang is rasa sekarang ni. Is nak mencapai kejayaan untuk dibawa pulang suatu hari nanti. Is nak mak dan ayah rasa kejayaan ini bersama-sama suatu hari nanti.

Is nak buktikan dengan adik-beradik yang lain, kawan-kawan yang is menyepikan diri bukan sebab is lupa daratan, tapi is nak bawakan kejayaan untuk dirasai bersama.

Mak yang is paling sayang.
Janganlah mak risau tentang is buat masa ini. Is harap mak tabah dan sabar. Is tau yang mak akan sentiasa mimpikan anak-anaknya bila kami jauh dari mak. Dan setiap malam mak susah sangat nak tidur sebab kami. Mak akan nangis sebab mak rindukan kami. Tapi is tau apa yang is buat sekarang mak.

Is anak tunggal lelaki sorang ayah. Dan is tau ayah paling amik berat pasal is walaupun dia tak pernah pon col is, tapi is tau yang dia selalu tanya mak tentang keadaan is bagaimana.

Ayah, is rindu sangat nak tidur dengan ayah macam kat hospital ari tu. Ayah sangat manjakan is. Is tak pernah merasakan kasih sayang seorang ayah macam tu sekali.

Ayah, maafkan is sebab is selalu menyusahkan ayah. Minta macam-macam ngan ayah. Sikit pun ayah tak kesah. Tapi is selalu terasa beban yang ayah alami.
Is selalu merasakan marah pada ayah sebab kita tak selalu sependapat. Walauapapun yang berlaku is tetap anak ayah dan is sangat-sangat sayangkan ayah.

Mak, Ayah.
Is nak ayah dan mak tunggu is nanti depan pintu nanti,
bawah pokok pelam depan umah nanti dengan kejayaan yang is akan bawa suatu hari nanti. Is nak bawak mak dan ayah nanti berjalan-jalan. Sebab dalam dunia ni is cuma ada ayah dan mak je. Is harap mak dan ayah tungga ya sehingga is berjaya dan pulang dengan kejayaan. Biarlah is tersisksa disini untuk mencapai kejayaan nanti dan is tau mak dan ayah derita menunggu is membawa kejayaan pulang. Tapi itu semua hanya sementara saja. Is nak mak dan ayah bahagia suatu hari nanti.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS