RSS

Genap 22 Hari

Hari ni genap 22 ari awak pergi meninggalkan saya. Sehingga kini tiada siapa lagi yang layak berada di tempat awak.

Awak, sehingga kini saya masih tidak dapat lupakan awak. Sekejam mana awak lukai hati saya, tapi saya masih sayangkan awak. Tak tahu kenapa. Mungkin kenangan manis kita bersama yang membuatkan saya masih teringatkan awak.

Awak,
saya tahu bahawa awak tidak mungkin lagi akan kembali buat saya. Benar-benar yang awak sangat membenci diri ini entah kenapa, masih kini belum terbukti, terungkap nilai hati awak.

Awak.
Setiap tempat dimana awak pernah sentuh dirumah ini.
Masih saya ingat lagi. Saya rindu tiap barang yang awak letakkan di setiap sudut rumah ini. Saya tidak akan buka tingkap ini sehingga awak suruh. Ha3, gilakan saya. Saya cuma gilakan awak. Awak larang saya membuka tingkap ini.

Beg dimana awak susu masih ditempatnya sayang. Saya masih belum ingin menganjaknya. Sebab saya takut kehilangan setiap kenangan bersama awak.

Awak.
Kenapa awak kejam sangat terhadap saya?
Suka sangat mengambil kesempatan pada saya bila saya buat baik dengan awak?
Awak, bagi saya duit bukan segalanya. Saya buat segalanya ikhlas untuk awak.

Awak.
Hari tu awak ada call saya. Tapi saya sakitkan masa itu. Awak tahu tak yang sakit saya hilang bila terdengar suara awak. Saya yakin yang awak masih sayang pada saya tika itu. Silapnya, awak masih sayangkan wang dan bukannya saya.

Awak.
Andai saya masih punyai kesempatan peluang kedua.
Saya sanggup menjadi hamba awak.
Bodohkan saya? Tapi itulah hakikat,sebab saya tidak mahu lagi berpisah dengan awak.
Sebab cinta saya pada awak teramat dalam. Sedalam mana lautan di dunia ini, dalam lagi cinta saya untuk diselami.

Awaklah insan yang pertama cinta saya buat selamanya.
Andainya awak kembali ingin saya ungkapkan segalanya pada awak, saya akan menjaga awak, tak mahu lagi awak disakiti oleh sesiapa pun. Saya nak awak sentiasa manis disisi saya.

Awak,
Saya sudah cuba untuk lupakan awak. Tapi bila saya sendiri awak sentiasa ada dimana saja membayangi saya. Saya dah cuba untuk mencintai orang lain. Tapi saya tidak boleh menipu diri ini. Sebab awak sudah saya tanam sedalamnya di dalam lubuk hati ini.

Kadang-kadang saya keliru dengan jiwa ini. Kadang-kadang saya benci sangat dengan karenah awak. Tapi saya sayang awak. Kadang-kadang bila saya teringatkan kekejaman awak pada hati saya, saya ingin bunuh saja awak. Tapi hati saya rasa menyesal bila saya buat semua itu. Sebab saya sakit bila awak disakiti lagi.

Awak.
Saya tidak mampu lakukan apa-apa lagi. Perlukan saya teruskan hidup bersama awak jika ditakdirkan kita bersama kembali? Atau saya harus membuka ceritera yang baru, bagi memulihkan jiwa yang lara ini?

Sayang you are my first love. <3

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Noted Buat Mak & Ayah tercinta

5 Dec 2011;525pm

Mak,
Maafkan is sebab lama tak col mak,tnya khabar mak dan ayah di kampung.
Maafkan sebab terus menyepi membawa diri is ni jauh dari kehidupan lalu.
Bukan bermakna is nak jauhkan diri ni sebab benci keluarga kita, bukan nak lupakan mak dan ayah, bukan sebab is sudah tidak mahu keluarga ini.
Tapi semuanya sebab is nak hidup berdikari, is berpegang dengan prinsip is sendiri.
Is akan balik bila segalanya tercapai. Is nak mak dan ayah tengok is pulang dengar kejayaan. Sebab itulah harapan semua orang tuanya terhadap anaknya.

Maafkan is sebab tak angkat panggilan mak hari tu. Is tau yang mak mesti cari is kan. Cuba untuk dapatkan nombor telepon is yang baru dengan kawan-kawan is kan?

Maafkan is mak sebab mungkin is dah melukai hati mak sekarang ni. Tapi biarlah apa yang orang anggap. Tapi is tau mak faham sangat dengan apa yang is rasa sekarang ni. Is nak mencapai kejayaan untuk dibawa pulang suatu hari nanti. Is nak mak dan ayah rasa kejayaan ini bersama-sama suatu hari nanti.

Is nak buktikan dengan adik-beradik yang lain, kawan-kawan yang is menyepikan diri bukan sebab is lupa daratan, tapi is nak bawakan kejayaan untuk dirasai bersama.

Mak yang is paling sayang.
Janganlah mak risau tentang is buat masa ini. Is harap mak tabah dan sabar. Is tau yang mak akan sentiasa mimpikan anak-anaknya bila kami jauh dari mak. Dan setiap malam mak susah sangat nak tidur sebab kami. Mak akan nangis sebab mak rindukan kami. Tapi is tau apa yang is buat sekarang mak.

Is anak tunggal lelaki sorang ayah. Dan is tau ayah paling amik berat pasal is walaupun dia tak pernah pon col is, tapi is tau yang dia selalu tanya mak tentang keadaan is bagaimana.

Ayah, is rindu sangat nak tidur dengan ayah macam kat hospital ari tu. Ayah sangat manjakan is. Is tak pernah merasakan kasih sayang seorang ayah macam tu sekali.

Ayah, maafkan is sebab is selalu menyusahkan ayah. Minta macam-macam ngan ayah. Sikit pun ayah tak kesah. Tapi is selalu terasa beban yang ayah alami.
Is selalu merasakan marah pada ayah sebab kita tak selalu sependapat. Walauapapun yang berlaku is tetap anak ayah dan is sangat-sangat sayangkan ayah.

Mak, Ayah.
Is nak ayah dan mak tunggu is nanti depan pintu nanti,
bawah pokok pelam depan umah nanti dengan kejayaan yang is akan bawa suatu hari nanti. Is nak bawak mak dan ayah nanti berjalan-jalan. Sebab dalam dunia ni is cuma ada ayah dan mak je. Is harap mak dan ayah tungga ya sehingga is berjaya dan pulang dengan kejayaan. Biarlah is tersisksa disini untuk mencapai kejayaan nanti dan is tau mak dan ayah derita menunggu is membawa kejayaan pulang. Tapi itu semua hanya sementara saja. Is nak mak dan ayah bahagia suatu hari nanti.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Noted Buat Awak

5/11/12

Hari yang paling teruk yg pernah saya alami sepanjang hidup ini. Berbagai liku yg saya telah harungi ketika bersama awak. Pelbagai cara saya telah lakukan untuk memiliki awak. Sebab saya fikir,awaklah kekasih saya buat terakhir. Sebab pada permulaan kisah semestinya manis dan saya tidak mahu sesekal menjangkakan penghujungnya apa. Sebab saya tau, pasti ia menyakitkan.

Awak,
Sejak hari awak meninggalkan saya hari tu. Bertapa hancurnya hati saya. Dunia ni rasakan seperti terhenti disini. Bumi tidak lagi berputar. Bulan Aidiladha bagaikan tidak muncul lagi pada waktu itu.

Pagi hari raya aidiladha saya jangkakan yang kita boleh menyambut bersama, tetapi pagi yang sepi sangat-sangat saya rasakan. Semua orang pergi ke masjid bertakbir, tapi saya bersama air mata yang tidak terhenti-henti mengenangkan awak yang jauh dari saya buat selamanya.

Maafkan saya kerana mengusir awak pada waktu itu. Kerna saya terpaksa, saya dah terlalu penat dengan perangai awak, terlalu habis tahap kesabaran saya dengan sikap awak yang tak pernah nak berubah.Tapi saya buat semua tu sebab saya terlalu sayang pada awak. Saya nak awak berubah. Sebab saya nak kita sentiasa bersama buat selamanya.

Pernah tak awak ambil tahu apa yang saya rasa bila awak bersama saya? Awak, kalaulah saya boleh tunjukkan niat ikhlas saya sayang pada awak melalui hati ini, saya tidak akan teragak-agak untuk merobek isi hati ini untuk awak lihat sendiri. Sebab saya betul-betul nak tunjukkan kat awak niat suci saya mencintai awak.

Awak, pernahkah awak perasan yang saya tidak pernah sesekali curang terhadap awak, sehinggakan saya sanggu untuk mematahkan sim card saya yang telah lebih 5 tahun saya guna yang dibeli khas oleh bekas kekasih lama saya? Tapi saya tau, saya tak pernah merungut pun setiap apa yang awak suruh. Sebab saya sayang awak.

Awak, sepanjang perhubungan kita ni, adakah awak perasan yang saya tidak pernah sekali mengasari awak, tak pernah sekali membuat awak sakit,kecuali awak sendiri yang menyangkal begitu, walaupun saya menyakiti awak sebab saya tak mahu awak lebih sakit lagi. Saya banyak merahsiakan sesetengah perkara, sebab saya tak nak awak risau sikit pun. Taknak awak rasa sakit dan susah bila dengan saya.

Awak tahu tak yang saya sayang awak? Saya cinta awak pada tahap bagaimana? Pernah tak awak rasa yang saya rindu awak? Pernah tak awak tahu yang saya sangat-sangat bahagia bila bersama awak?

Awak...Awak tahu tak kenapa saya tanya awak macam nie? Sebab sebesar mana pun kasih sayang saya pada awak, sikit pun saya tidak merasa nilai kasih sayang seorang kekasih daripada awak. Cuma yang saya tau awak akan suka bila saya buat sesuatu yang awak suka.

Saya tak tau nak labelkan awak dalam situasi macam mana. Sebab saya susah nak faham apa yang tersirat dalam hati awak sebab awak tak pernah pun nak luahkan apa yang tersirat dalam hati awak dekat saya. Awak, sekian lama saya menunggu sepatah pun saya tak pernah dengar yang awak katakan "Saya sayang awak". Tapi bila saya tanya, "awak tak sayang saya ke?". Pasti awak melenting. Saya tak faham kenapa, dan bila kata saya tak faham, awak lagi marah saya. Awak bila semua ni nak selesai.

Tiap salah tafsiran antara kita pasti akan menjadi perbalahan yang sangat besar. Bila saya nak selesaikan. Awak pasti lari dari masalah. Bila saya nak bawak berbincang slow talk awak kata awak tak da mood, bila saya nak face to face, awak kata awak benci bila tengok muka saya. Awak, bila masa masalah akan selesai kalau awak berkeras kepala sebegini. Sedangkan awak sendiri yang tahu sikap keras kepala awak ni. Awak sudah besar, boleh berfikir sendiri dengan bijak. Yang mana terbaik buat awak dan yang mana tidak.

Awak, seteruk macam mana pun awak sekali, saya tetap sayang awak. Hebat bagaimana awak benci pada saya, lagi kuat cinta saya pada awak. Tak tahu kenapa saya bersikap sebegini.

Awak, sejak awak berjanji dengan saya untuk sehidup semati tika detik pertemuan kita saya rasakan dunia ini ana yang punya. Bertapa indahnya dunia tika itu saya rasakan. Benar saya katakan bila awak mula mengika janji pada saya.

Simpan lagi mjs awak pada hp saya, yang awak kata awak akan sentiasa bersama saya bila saya susah dan senang. Tika saya susah dan sakit. Saya rasakan yang Doktor pakar pun tidak dapat mengubati sakit saya melainkan kasih sayang dari awak.

Tapi...
Sekarang awak dah lupa semua janji yang awak sendiri cipta. Sikit pun saya tidak merasa nilai kasih sayang awak pada saya. Apa yang saya rasa, bila kita berbalah, saya rasa diri ini sangat di benci,terasa terlalu besar dosa saya pada awak. Sikit pun awak tidak prihatin pada saya walaupun ianya masalah kecil.

Saya tau yang awak memang tiada rasa sayang sedikit pun pada saya. Mungkin saya tidak berharta seperti bekas kekasih lama awak kan, tidak sekacak mereka diluar sana dan tidak terbaik buat awak. Tapi percayalah, setiap masa saya bersama awak, saya akan cuba buat dan jadi terbaik buat awak. Tapi tak tahu kenapa awak masih lagi tidak merasa dan ambil kisah setiap pengorbanan yang saya lakuka buat awak.

Awak, perit sangat bila kita cuba korbankan sesuatu untuk mencapai sesuatu yang sangat berharga buat hidup kita. Tapi sedikit pun saya tidak pernah kisah semua itu, sebab saya ikhlas untuk awak.

Awak, saya tahu saya tidak sempurna buat awak. Banyak lagi orang yang terbaik buat awak. Saya tidak dapat mengikut setiap langkah awak. Sangat berbeza.

Tapi saya nak tahu sangat dari awak. Adakah semua bekas kekasih awak yang lalu meninggalkan awak sebab sikap awak? Kalau benar, memang patut pun. Maafkan saya. Tapi ikhlas dari hati saya juga. Seteruk mana pun sikap awak tu saya masih bersabar. Cinta dan sayang saya pada awak, membelakangi segalanya keburukan awak itu.

Saya tahu semestinya awak tidak akan kembali lagi untuk saya.Sebab awak benar-benar membenci saya kan. Tapi jika awak berubah fikiran untuk bersama saya lagi. Saya pasti ada disini menanti awak sehingga ke ahkir hayat saya. Walaupun saya sudah berkeluarga atau apa-apa pun terjadi awak.

Semestinya saya ingin awak kembali walaumacammana sekalipun keadaan awak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ombak Rindu~


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku
Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah Dongeng

Tepat 18 october 2011
Tarikh awak meninggalkan saya.Pelbagai usaha dan cara saya cuba pertahankan hubungan kita,even xsampai sebulan kita bersama.
Awak, saa sayang sangat dengan hubungan kita. Macam-macam saya buat utk awak. Saya cuba bantu keluarga awak bila dapat tau dorang nak declare bankrup. Saya da janji ngan diri saya, betapa susahnya awak,saya tetap bersama awak,sentiasa disisi awk. Sebab saya nak jaga awak,saya nak awak sentiasa disisi awak. Saya sanggup tanggung awak,sebab taknak awak jauh dengan saya. Biar awak dok umah jerk, hari-hari saya bole jumpa awak.

Tapi, hari ni awak da lupakan segalanya, awak caci saya. Awak tuduh saya macam-macam.Even hal tue kecik awak besarkan. Awak benci saya teramat sangat. Bila saya mintak jumpa awak, macam-macam alasan awak bagi kat saya. Saya cuma nak kita selesaikan masalah nie. Selagi kita tak setelkan, sampai bila-bila pon hubungan kita nie macam nie.

Saya taknak awak marah-marah.Saya nak kita macam dulu. Tapi awak tetap dengan pendirian awak. Nak sangat tinggalkan saya even saya tengah fight ngan sakit saya.Tak penah awak kesah pon. Saya tak kesah awak nak amik peduli or tak sakit saya. Tapi yang penting saya just nak awak sayang saya.Tue jerk.

Senang sangat awak lupakan saya,kenangan kita bersama. Tapi tidak untuk saya. Saya masih tak bole lupakan kenangan kita time kat tempat camp dulu. Awak melafazkan awak terima cinta saya time tue. Memang susah sangat nak dapatkan awak. Memang tak bole saya nafikan. Tapi tuhan jerk yang tau betapa happy nyer saya time awak terima cinta saya. Tapi..awak ingat lagi tak..?Sangat indah malam tue dengan suasana hutan yg dibasahi hujan.

Minggu tue hari yang paling sibuk dan indah buat kita berdua..dari pagi sehingga ke pagi kita sentiasa bersama. Memang sukar sekali untuk kita berpisah,even umah kita tak jauh. Tapi seminit xnampak muka awak, kita masing2 jadi celarukan sayang. Awak ada lagi tak perasaan tue?

Ingat lagi tak?saya pernah ukir nama awak pada bunkcap saya?tanda saya sentiasa menginggati awak?Lalu kita jadikan ia sebagai wallpaper hp kita kan?ada lagi tak awak?

Ingat tak kenangan kita time awak datang buat lawatan sejarah kat umah saya?abis semua side awak geledahan?Nasib baik awak orang teristimewa saya..dan lepas tue awak nak curik gambar saya yang saya wat hiasan umah, lepas tue awak lekat kat belakang pintu umah saya, sampai awak lupe nak amik kan...Ingat lagi tak yang awak nak datang dan amik semula? Sampai sekarang saya tunggu awak datang jumpe saya. Tapi tak kan...?Hermm...

Awak, selepas jumpa awak, saya memang nekad tak nak curang dan menduakan awak. Saya xpenah pon ada niat nak pasang lain. Saya hanya ada awak jerk. Sampai saya sanggup tukar no utk mengharapkan awak, percayakan saya.

Awak, dalam hp saya banyak gambar awak, samaada yang saya curik mahupon awak rela. Saya tau segalanya awak rela.Awak, saya xpenah tidak ikot cakap awak. Segala yang awak minta saya tunaikan...

Awak...pulanglah...saya betol-betol perlukan awak. Saya mati hidup ni tanpa awak...Saya xpenah nangis macam  nie skali sebab orang tersayang.Pe2 pon saya berharap awak untuk sedar kesalahan siapa yang sebenar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Episod Cinta~

Semalam adalah saat-saat paling indah buat diri aku sekali lagi. Berturut-turut membuatkan aku semakin bahagia.
Walaupun tidak sebebas mana yang disangka bila hidup bersama orang-orang baik nih.

Semalam, buat pertama kalinya, sesorang insan yang aku sayang ikut aku balik kampong sama-sama. Hari yang singkat kami habiskan masa
bersama-sama. Hari yang padat, membuatkan kami sentiasa bergerak. Setibanya kami di kampung, kami lunch sama-sama yang telah dihidangkan oleh
mak mertua katanya..hu3..lawak lak dengar...lepas masing-masing buncit perot, kami date kat depan umah,beranda..amik angin kampung yang dingin walaupun
tengah hari yang panas. Dia kata, dia suke suasana macam tue.

Bosan lak, asyik lepak, saya ajak dia pegi air terjun kat area umah tue, sebab tengah hari terik lagi best kalo lepak at kawasan-kawasan madam tue.
DIa pon on jerk, ikut....lepas jerk balik dari mandi, saya ajak dia lepak minum kat warung roti canai terbang kat area umah gak,xsampai 5 minit pon.
Time tue ramai sangat orang, tambah-tambah lagi ngan budak skolah.

Time tue ramai sangat member-member saya datang lepak sekali. Time tue jugak dia diam jerk, satu patah pon xcakap.
Arrhh,biar kan lah kat die...hu3...member pon xbanyak tanya pasal die.coz die biasa jerk..

Lepas jerk buncit skali lagi perot nih, kami lepak kat umah member pulak, main badminton. Time tue, nampak sangat dia xselesa.coz memang ramai sangat
member-member kampung saya balik turun kampung. Ada time tue yang balik dari memancing, ada pulak yang datang untuk main badminton. Memang rutin harian
kami kat kampung macam tue bila cuti dan diwaktu petang. Suasa kampung, buatkan kita hilang stress.

Melihatkan dengan gerak gerinya yang tak selesa, segera aku bawak die bersiar-siar ke kawasan kampung. Time tue dia pulak yang bawak saya. Teringin sangat nak peluk
dia, tapi melihatkan keadaan yang tak mengizinkan.hu3...

Arrrhhhhhhh........Bahagianya akkkuuuuuu.....!!!!

Rasa hidup nie dah cukup buat aku...Lengkap segalanya bila dia ada dalam hatiku ini.
Kalau bole, kami nak hidup berdua pon da cukup...biar susah senang kami berdua jerk...
Tak sabar nak carik rumah lain untuk dia.Untuk kami..AKu rasa nak hidop sentiasa bersama dia jerk.
Hari-hari tengok muka dia, sehari xnampak muke dia aku mesti carik dia at umah. Jiwa nih dah terlalu amat mencintai dia.
Rasa nak semua orang tau yang aku sayang kat dia sangat-sangat dan dia hanya milikku..

Huhhhh...~

Balik jerk dari kampung, sepanjang perjalanan dia memelukku dengan erat. Malam yang dingin membuatkan aku selesa bila
dia memelukku. Terasa nikmatnya cinta itu. Dalam perjalanan tue jugak, kami bernyanyi bersama-sama.hak3.even lagu tue sering berulang..

Lagu kat bawah nih, die slalu nanyi kat karaoke...xsah kalo xbawak lagu nih....aku rindu saat manis bersama...

Hari ni, dia da mule berenti belajar sebab nak sara idop family dia yang tengah goyang skang dengan ekonomi.
Hope sayang akan selesa kerja at tempat baru nih,and stay lama-lama...dapat mencapai apa yang sayang inginkan ok...Amin~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Seribu Mawar



Cintamu yang tak ikhlas
Padaku yang setia
Kau anggap aku tidak tahu
Kau curang di belakangku

Cinta bukannya harta

Cinta adalah jiwa
Tak mungkin dapat kau membeli
Hatiku yang telah terluka

Biar seribu malam

Tak bisa memujukku
Tak bisa menghuraikan
Rahsia hatiku terhadapmu
Kau masih menggangguku
Di dalam resah kesah
Di waktu aku rindu
Kenangan manis bersamamu

Andai dulu dapat kukecapi

Kasih sayang tulus suci
Tak mungkin kini
Kau menghitung hari sendirian
Dalam mimpi cuba ku ulangi
Mengimbang bunga cinta murni
Adakah ini balasan setia

Biar seribu mawar

Tak bisa memekarkan
Tak bisa mewangikan
Di pintu jiwa yang kau kecewakan
Usah merisik lagi
Takkan kau miliki
Aku kini bahagia
Tanpa cinta yang pura-pura

Kala hati ingin kau bersama

Engkau tega memilihnya
Di mana aku kau letakkan
Di hatimu
Siang malam cuba kumenipu
Perasaan hati ini
Kini ku ingin
Bebas bersendiri

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Benarkah Kau Setia~~



Sangat jarang sekali terima khabar dari si dia. Seperti yang dijangkakan seminggu selepas berjumpa. Suda mengenali sikap dan perasaan masing-masing. Sedikit menyimpan rasa jemu, bosan, dan ketidakpuasan hati.

Mungkin di antara kami berlaku sedikit pergaduhan kecil, yang menyebabkan hubungan ini semakin renggang. 

Wahai sayangku, inginku melepaskan buah-buah cinta ini padamu. Ingin terus aku menyintaimu sepenuh hati. Tapi aku takut untuk menghadapinya. Jiwa ini sering dipermainkan oleh manusia yang bernyawa dibumi ini. Sampai bila manusia ini ingin terus mengejar kehendak dunia?

Rindu, sayang, Rindu padamu....Tapi aku sangat mengerti akan hidupmu.Penuh dengan liku-likumu. Tapi aku rindu. Rindu akan sentuhanmu. Rindukan suaramu, tawamu, jenakamu. Inginku, ketemukan kita berdua buat kali kedua. Sayangku, mengertilah jiwa ku ini buat sekian kali..Maafkan aku jika aku menghiriskan perasaanmu. tolong lah kepangkuanku seperti dahulu dimana kita bergembira .

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Felt in Love again


Semalam dalam perjalanan balik dari HQ dengan bos dalam kete. Dia pasang lagu nih. Dia kata lagu nih time dia bercinta ngan awek lama dia. time tu zaman bujang. lagu ni memang lentok dowh. Even aku baru 1st time dengor kowt.Layan lak dengor.Hu3..Hape lagi, dok opis download arh.
 Lagu nih pulak ada kene mengene sikit ngan aku. Giler arh, rindu giler kat dia. Dalam diam da nak masok sebulan aku ngan dia. Bahagia gak arh..coz dia perangai giler arh...Pe2 pon aku da sayang dia giler...So xda sapa leh gangu...Hak3...Lagi pon dia da tunggu aq nak masok 3 tahon. Aku sendiri pon terkejut berok gak. hu3...biasa arh, zaman tue dia budak2 lagi..Marah kowt kalo dia tahu aku panggil dia budak..Nanti abis perot aku di belasah.Hak3...Hermmm...

Bosan lak nak tunggu kije next month. Coz semua kije da setel. Bosan, nak mengulor kat umah bosan lak. Xda apa2.. dok opis pon sama gak..xtau nak g mana..cuti kowt...hak3..Pe2 lah...
Pe2 pon, aku seronok dapat kenal ko.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jamuan Berbuka Puasa Terakhir di Shah Alam

Semalam hari terakhir jamuan berbuka puasa oleh supplier bersama syarikat tempat aku bekerja. Malam tue memang happening giler. Even kitaorag sampai lambat dan berbuka kat dalam kete, but memang seronok.

:: Gambar pelek nih compom ada kemana saja aku pegi kalo dgn Ammar.
 
  Malam tu, kitaorang sentai makannan kow2 punyer, biasa arh, org belanja katakan. Tapi aku makan sikit jerk. Tak tau nape..Huk3..

 :: Hak3...comot giler dari opis terus shoot ke shah alam..apa pon xboleyh...
 
 
Tapi yang bestnyer anak En. Asni makan banyak giler. Betul-betul balas dendam lowh.. Walaupon badan kecik, perhhh...kuat melantak macam bapak dia.. Jangan marah na~~

:: Ni gambar dari kiri ofc arh aku, En. Asni dan orang umahnyer....
 
 
Uhh....Nak g masjid jup lowh, solat jumaat...banyak lagi citer nak bg tau...Lain Kali lah erk...da~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sekelip Mata


Syahdunya ku rasa di saat ini
Suasana sepi membisu
Tersentuh hatiku dibuai kenangan lalu
Ingin kuluahkan hasrat di hatiku
Sudikah mendengarnya

Sebenarnya engkau masih ku sayang
Biarpun tak dapat bersama
Kau masih kurindu seperti waktu dahulu
Aku mengharap agar engkau mengerti
Curahan rasa ini

Jika engkau sedang hidup bahagia
Jangan kau lupakan diriku
Yang terdampar kesepian
Ku dilambung ombak rindu
Yang hanyut dalam kelemasan

Mengapakah aku masih menunggu
Dan masih menagih kasihmu
Dirimu di mana... cuma aku yang terus
Sabar menantimu tanpa jemu

Dulu kau menumpang kasih
Lalu kuberimu harapan
Sekelip mata kau berubah
begitulah lumrahnya percintaan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Permintaanku



Permintaan Ku...
Adaka selama hidop kita ini,
pernahka kita merasa apa yg kita impikan?
Pernahkah kita mencapai apa yg kita hajatkan?
Cuma ini pintaku sebelum ketiadaanku.
Sebelum tiada lagi rasa ini.

Aku inginkan sesorang yg sentiasa menemaniku,
Kerna ia membahagiakanku.
Aku inginkan sentiasa ada teriakanmu di jiwaku,
kerna ia hiburanku.
Aku inginkan hembusan nafasmu dinadiku,
kerna ia akan sentiasa mengingatkanmu.

Ingin sekali aku mempunyai teman hidupku,
sejiwaku sejiwamu.
Kerna ia menyatukan dua jiwa.
Igin skali aku membawa kau ke desaku,
bersama menghayati keindahan ciptaan-Nya yg tiada bandingan.
Hanya kita berdua.
Tika kita sentiasa bersama,
ku rasakan indahnya hidup,
bagaikan dunia ini hanya kita berdua.

Tidak pernah sekali aku memaksamu,
cuma aku ingin kau tahu besarnya cintaku,
tingginya khayalku bersamamu.

Disisa hidup ini,
aku hanya inginkan sekali shj pengalaman yg indah,
tika bersamamu.
Itu sudah cukup buatku utk merasa bahagia.
Tika saat bahagia dipotretkan bersama.
Kerna kita tahu bahwa saat2 terindah tidak selalu ada.

Jiwa ini kosong..
Tanpa teman idup disisi...
Benarkah cinta itu menyeksakan..?
Apakah jiwa yg sepi ini sedang terseksa?
Atau aku sendiri yg menyeksakan diri sendiri..?
Egokah aku?
Apaka perasaan ini...?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku Hanya ingin Kau Tahu




 Hari ini dia agak berpakain kemas. Tapi semakin kurus dari sebelom ni.


Pada permulaan pertemuaan ini, aku agak terkejut. Kata2nya semalam hanya gurauan


semata, tetapi benar sekali yg dia ingin memeluk aku. Dengan erat sekali dia memelukku.


Aku hanya dia menyepi kaku tanpa kata2. Sangat erat pelukan itu. Alangkah indahnya tika itu.


Bagaikan dunia ini hanya kami berdua shj.






Semalam dia bersama kawan2nya. Salah seorang dari kawannya memang xdinafikan comel, tapi


langsung tidak membuatkan aku terpikat langsung pdanya. Aku hanya melihat setiap pergerakan dan


tingkah lakunya sahaja. Dia sangat *****. Membuatkan aku kembali rasa sayang padanya. Teringat kembali


waktu dulu bersamanya.Alangkah bahagianya.






Rindu...Rindu...Rindu..


Perkataan tue yg slalu dia perkatakan padaku.


Tapi apa makna yang tersirat pada "rindu" dia padaku?


Apakah rindu utk bersama seperti dulu? Rindu kerna sudah lama tidak ketemu?


Atau ....






Semua orang mampua menyatakan rindu pada seseorang.


Tapi apa pengertian rindu itu pada dasarnya?


Arh!!!..Jika itu benar ia mahu kembali.


Apa aku harus meneruskan dan menerimanya kembali?


Apa dia akan berubah? Masih tidak dalam permainan propa nya?






Semalam, aku dan dia amat mesra sekali. Apa yg diinginkan aku memberinya.


Aku langsung sikit pon xpenah merasa rugi membazirkan apa2 pon padanya.


Adakah mungkin masih ada lagi peraaan sayang aku padanya? Atau aku hanya


simpati keatasnya? Aku keliru.






Ketika sedang menunggu tren, kami duduk bersama. Aku cuma bertanya padanya,


adakah dia seperti kita? dia katakan "ia, but i'm gonna quit"


Terkejut berok aku..dia nak berubah? Hanya aku lafazkan dalam hati syukur.


Dia membuatkan aku tersentap seketika. Aku terduduk diam tanpa kata.






Tapi itu mungkin terbaik buat dirinya. Aku tak boleh halang, coz dia ingin berubah.


Aku cuma....


huh...mengeluh aku tanda apa pon aku sendiri xpasti..






Ketika sedang berbuka bersama kawan2nya, dia hanya membatalkan puasanya, dan


terus mencari seseorang yang bernama ***. Aku fikir dia hanya seorang sahabat di tempat pengajiannya.


Tapi aku tersentap lagi bila salah seorang dari kami bertanya padaku.


"Mana kekasih *** pergi?". Aku hanya diam kaku menyepi lagi. Memang besar tamparan aku di ramadhan ini.






Aku hanya termenung dan diam tanpa kata. Kiri dan kananku mereka berpasangan. Hanya aku dan sahabatnya yg sendiri.


Tika itu aku mula rasa yg aku bukanlah apa2 pada mereka semua. Hanya tetamu tanpa diundang.






Pada dasarnya, aku ingin menyatakan sesuatu padanya, tapi tamparan ini jelas sekali membuatkan aku menyepi.


Sangat sepi.






Lantas aku terus ingin pulang, bila memikirkan aku disisihkan. Bukan disisihkan, tapi aku menyemakkan keadaan di situ.






Tika itu, dia berkeras ingin menghantar aku di pintu masuk KL Central. Aku pon berkeras gak, ingin pulang sendiri.


Aku tersentap lagi bila dia memelukku sangat erat lagi. Lama sangat..Opsss..ter cium lak..he3..xda niat pon,ingin menoleh sahaja.


Aku berlari anak ingin menahan air mataku. Hati aku sangat2 berkecai.






Tapi kalau itu yg terbaik buat dia. Aku redha jer. Tapi banyak sangat kenangan-kenangan bersama tika dulu.


AKu relakan penghijrahan dia. Lagi pon aku lihat dia sangat mesra dengan budak tu. Even aku tau budak tue sebaya ngan aku.


Aku bahagia bila tengok dia bahagia. Serius aku sayang dia. Cuma aku sedikit egois kerna aku takut utk bersama kembali.






Hari itu juga sepatutnya aku akan declare as couple ngan some1 nih, coz kitaorg dah lama kenal,juz xpenah jumpa jerk lagi.


Hari itu dia ada msg ngan aku nak berjumpa. AKu celaru, yg mana satu harus aku jumpa. Tapi aku jumpa dulu si F ni,coz kitaorg dah plan


awal nak jumpa dan declare as couple, tapi hati aku lgsung xkuat pada si F. Hati aku hanya pada si S...sangat2 pada S.Aku xtau kenapa.


Even si F orang yg berada, memiliki segalanya. Tapi itu bukan aku. Aku bercinta hanya kerna hati, bukan pada meterial.






Sayangku S, pergilah jauh2 dari dunia ini. Teruskan berjalan ke dunia sana. Jika tak mampu merangkahlah kamu, sehingga kamu menemui sinar


yang suci. Jika tika kau berjalan, kau terjatuh, bangun...bangkitlah kembali. Teruskan usahamu. Setiap perjalananmu mesti ada


rintangan, cuma kau harus kuat dan terus bertahan. kerna setiap kesabaranmu ada balasannya. Indah jika kau memilikinya.


Jangan sesekali toleh ke belakang, sekali kau toleh ke belakang, sukar utk kau menemui jln suci itu kembali. Jalan yg indah itu, memang sukar utk


dicapai, tapi jalan kesesatan itu, mudah sekali kau memasukkinya.


Aku sentiasa berdoa utk kau,utk terus kuat dan cuma kau perlu usaha dan terus usaha. Demi masa depanmu. Kau masih muda sayangku Sy****.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mana Mak?


Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, Along mana?
Mak jawab, Ada di dapur tolong siapkan makan.
Ayah tanya Mak lagi, Angah mana?
Mak jawab, Angah mandi, baru balik main bola.
Ayah tanya Mak, Ateh mana?
Mak jawab, Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?
Ayah tanya lagi, Adik dah balik?
Mak jawab, Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, Mana Mak?
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, Tak tahu.
Ayah tanya Angah, Mana Mak?
Angah  menonton tv.  Angah jawab, Mana Angah tahu.
Ayah tanya Ateh, Mana Mak?

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah. 

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" 

Ateh  menjawab, Entah. 

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, Mana Mak?
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik. 

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. 

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" 

Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham. 

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. 

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu. 

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. 
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat." 

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, Mana mak?.
Hanya Adik yang jawab, Mak dah tak ada. 
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. 

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. 
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    

Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Abang sayang Adik


Asisshhh..



Nak citer sal dak gurl sowang nih..

Dia baru jerk masuk kije at opis ni.

Terkejut berok aku.

Rupa dia sebijik ngan adik kesayangan aku.


Dah lama aku xjumpa dia.


Mungkin bz sangat dia ngan kije.


Komitmen sgt ngan kije lah tue kowt.


Kita orang pon dah lama x contact each other.


Aku pon xmolah gangu dia sangat.


Coz dia pon dah xmacam dulu lagi.


Dulu satu rumah. Kongsi Bilik.






Teringat lagi, mula2 aku bawak dia datang kije at KL.


Dia happy sangat2.


Abis semua duit aku shopping barang2 dia.


Aku nak ubah dia dari gaya kampong ke Stylo sikit.


Aku nak dia perfect, nak dia bergaya sikit.


Even banyak duit aku habis kat dia.






Aku teman dia g cari kije kat KL.


Nak katakan, tiap hari aku balik awal dr kelas.


Sebab aku dah janji nak bawak dia hang out satu KL.


Banyak sangat aku nak tunjukkan kat kat dia.






Ingat lagi time tue aku aku tidor atas katil, dia pulak xda katil.


Bila dia tidor, aku kesian lak tengok dia tidor at toto jer.


Aku paksa dia tidor atas katil, tapi dia xmo.


Lama2 dia buat jugak katil 2 port dia.


Lepas dia dpat kije, aku happy jerk.


Dia pon sama,coz dapat kawan baru n pengalaman baru hidop kat kota.






Tiap kali balik dari kije.


Dia akan cerita segala kejadian at tempat kije.


Even dia balik tengah malam, time aku dah tidor.


Dia gerak aku suh dengar citer dia.


Aku pon layan jerk.Sebab dia happy, aku pon happy.






Kadang2 aku selalu kene marah dgn dia.


Dia garang sangat dalam banyak2 adik beradik kitaorang.


Biasa lah, anak bongsu.


Adik kesayangan aku.


Aku xmo dia rasa sakit, lagi2 bila aku tengok dia nangis.


Tapi dia xpenah nangis depan aku.


Pernah sekali dia nangis bila tidor. Tapi dia xpenah bagi tau kat


aku sebab apa.


Tapi sekali tue aku cuba psyko dia.


Last2 dia bagi tau gak, pasal dia kena wat pilihan


pasangan hidop dia.


Aku juz kaku dan dengar saja rintihan dia.


Tapi aku tak tau apa yang dia sedang pikirkan.






Pernah sekali kejadian malam tue.


Aku tidor at atas katil dia pulak kat bawah.


Coz dia balik lambat, so aku tidor at atas katil yg dia


hias cantik2 untuk dia.


Time tue dalam kol 2-3 pagi.


Kami berdua sedang tidor nenyak.


Tiba2 kami bangun serentak coz kaki kejang.


Kahahaaa...


Kami gelak n pas tue teros sambong tidor balik.


Perkara yang tak bole aku lupakan.


Memang pelek.






Tapi...


Sekarang dia dah xmesra lagi ngan aku macam dulu.


Malam2 suka snap picture, berangan dalam bilik, keluar shooping


sama2,makan kat luar bersama,download lagu yg dia suka,karoke sama2.


Kongsi cerita kelakar, sedih, gembira....


Best sangat time tue.


Aku rasa, time tue aku insan paling bahagia sangat2,even hari2 kene


marah marah ngan dia. Bila bilik kami selerak dengan kertas kerja aku.






Sekarang...


Dia dah jauh,


ada life sendiri.


Suara dia berceloteh dah xda.


Skang aku xshooping lagi ngan dia...


Takda lagi dengar dia bercerita tentang hari2 yang dia lalui macam dulu.


Tau ke dia, yang aku sayang dia sangat2..


aku sanggop korbankan macam2 kat dia,walaupon aku yang merana,cuma nak pastikan


dia bahagia n dapat apa yg dia nak.






Bila aku tengok budak gurl yg baru masuk ni, saling tak tumpah macam siti sayangku.

Tiap kali aku tengok aza, aku nak nangis.tapi aku tahan. Mungkin dia je bole ubat rindu aku

kat siti.

Siti, abg juz nak bagi tau abg rindu kat siti sangat2.

Tapi siti mesti kata abg "gedik" an..Mesti pelek an...

Tapi abg sayang dan rindu siti.

Abg nak siti yang dulu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS